Logo

COVID-19: Britain pertimbang longgar beberapa sekatan sektor ekonomi

LONDON, 2 Jun - Kerajaan Britain sedang mempertimbang untuk melonggarkan beberapa sekatan terutama membabitkan pergerakan dan sektor ekonomi.

Kebanyakan industri dan perniagaan kecil terjejas teruk susulan sekatan yang dilaksana angkara COVID-19.

Kebanyakan pengusaha industri kecil dan sederhana masih mampu bertahan susulan bantuan geran kerajaan bagi mengurangkan beban kewangan mereka.

Sektor berkenaan berharap, pembukaan semula ekonomi dapat dilaksana selewat-lewatnya 4 Julai ini.

Sebahagian besar pemilik kedai perapi dan gunting rambut bersedia ke arah itu dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) kerajaan seperti pematuhan terhadap penjarakan sosial dan penyediaan cecair pembasmi kuman.

Sementara itu pemilik kedai basikal turut berharap kerajaan dapat membenarkan kerja-kerja pembaikan dan bengkel beroperasi semula.

Ini kerana penggunaan kenderaan persendirian termasuk basikal menjadi pilihan utama berbanding pengangkutan awam.

Manakala bagi pemilik restoran, pelbagai kaedah dilakukan untuk membolehkan kelangsungan operasi.

Antaranya termasuklah menjalankan jualan secara dalam talian serta mengubah pendekatan perniagaan.

Pengusaha restoran Ciullosteria di Balham umpamanya, telah menjalankan penjualan barang-barang dapur melibatkan makanan Itali.

Ini selepas perniagaan barangan keperluan dibenarkan kerajaan sejak awal April lalu manakala kedai makan masih ditegah daripada beroperasi.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.