Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

COVID-19: Panama longgar sekatan pergerakan

  • Published in Berita Dunia

PANAMA CITY, 2 Jun - Kerajaan Panama mengumumkan sekatan yang dibuat susulan COVID-19 di negara itu akan dilonggarkan bermula bulan ini.

Fasa baharu bermula 1 Jun menyaksikan sekatan pergerakan tidak lagi mengikut jantina atau nombor pendaftaran kenderaan seperti yang dilaksana sejak dua bulan lalu.

Imej dengan menggunakan dron menunjukkan tahap kepatuhan tinggi rakyat Panama berhubung sekatan yang telah dikenakan kerajaan.

Jalan-jalan utama dan kawasan bandar didapati lengang dan kurang kenderaan.

Pencapaian itu berkait rapat dengan jumlah kes positif COVID-19 yang melebihi 13-ribu 400 dan 336 kematian di negara tersebut.

Susulan kadar jangkitan yang semakin berkurangan, kerajaan melonggarkan sekatan dengan perintah berkurung bermula dari pukul 7 malam hingga 5 pagi.

Selain itu hanya seorang wakil dari setiap keluarga dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan dari isnin hingga sabtu berbanding sebelum ini mengikut jantina dengan lelaki dibenarkan keluar pada Selasa, Khamis dan Sabtu manakala wanita pada Isnin, Rabu dan Jumaat.

Bagaimanapun hari Ahad kekal ditetapkan untuk semua rakyat berada di rumah.

Dalam pada itu, kanak-kanak dibenarkan keluar dalam lingkungan tidak melebihi dua kilometer dari kediaman masing-masing bersama ibu bapa mereka dari pukul 4 petang hingga 7 malam.