Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

MRT Jakarta larang penumpang berbual

  • Published in Berita Dunia

JAKARTA, 2 Jun - Pengguna perkhidmatan pengangkutan MRT di Jakarta, Indonesia dilarang bersembang dengan penumpang lain atau berbual menggunakan telefon bimbit bagi menangani penularan pandemik COVID-19.

MRT Jakarta, sebelum ini turut menguatkuasakan had jumlah penumpang lebih dari separuh kapasiti tren, penjarakan sosial serta pemakaian pelitup muka sejak Mac lalu.

Sementara itu, menurut media tempatan, syarikat pengendali komuter PT Kereta Commuter Indonesia (KCI) juga dijangka melaksanakan arahan dan peraturan yang sama iaitu larangan berbual di dalam komuter.

Pemerintah Jakarta turut dijangka memperkenalkan beberapa protokol baharu dalam pelaksanaan normal baharu bermula 5 Jun ini.

Antaranya melonggarkan beberapa peraturan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) yang berkuat kuasa sehingga 4 Jun ini bagi membenarkan kembali beberapa aktiviti sosio-ekonomi.

Sehingga kini sejumlah 26,940 kes positif COVID-19 dicatatkan di republik itu dengan kematian berjumlah 1,641 orang.