Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

Brazil alami krisis berganda

  • Published in Berita Dunia

SAO PAOLO, 2 Jun - Brazil berdepan konflik politik dan krisis kesihatan dalam tempoh yang sama hingga menjejaskan fokus kerajaan untuk memutuskan wabak pandemik COVID-19.

Pihak keselamatan dikerahkan di tengah-tengah Sao Paolo dengan protes oleh penyokong presiden bertembung dengan tunjuk perasaan yang dilakukan oleh gerakan anti-Bolsonaro.

Selain laungan provokasi, penunjuk perasaan turut membakar barangan terpakai dan sampah selain sesetengahnya cuba merempuh sekatan polis untuk menghampiri kumpulan satu lagi sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata.

Penentang Presiden mendakwa Bolsonaro menyalahgunakan kuasa untuk menentang usaha pemulihan negara meskipun mengakui ekonomi dan pekerjaan mereka akan terjejas.

Manakala kumpulan penyokong Bolsonaro inginkan arahan sekatan pergerakan dan tinggal di rumah hanya dikenakan kepada kumpulan yang berisiko tinggi terutama warga emas.