Saturday, July 11, 2020

updated 7:44 AM UTC, Jul 11, 2020

COVID-19: 370,261 korban seluruh dunia

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON , 1 Jun - Seramai 370,261 penduduk dunia menjadi korban pandemik COVID-19.

Menerusi data agensi berita AFP menunjukkan lebih 6,113,340 kes jangkitan dicatatkan di 196 negara dan wilayah.

Daripada angka itu, lebih 2,520,800 kes telah pulih.

Dalam tempoh 24 jam lepas, Brazil melaporkan kematian harian paling tinggi, dengan mencecah 956.

Diikuti Amerika Syarikat (698) dan Mexico (364).

Keseluruhannya, Amerika masih lagi negara paling teruk terjejas dengan mencatatkan 104,51 kematian daripada kira-kira 1.77 juta kes.

Britain di tempat kedua dengan 38,489 kematian daripada 274,762 kes.

Manakala, Itali dengan 33,415 kematian daripada 233,019 kes.

Sementara itu, lebih 1 juta kes COVID-19 direkodkan di Amerika Latin dan Carribean.

Sejak permulaan pandemik itu, seramai 1,016,828 juta individu di rantau berkenaan telah dijangkiti virus berkenaan.

Separuh daripadanya iaitu 514,849 kes dicatatkan di Brazil.

Negara itu turut merekodkan kematian keempat tertinggi di dunia selepas Amerika, Britain dan Itali.