Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

200 tunjuk perasaan di Beirut bantah pemilihan ahli perniagaan, Samir Khatib ganti Saad Hariri

  • Published in Berita Dunia

BEIRUT, LUBNAN - Kira-kira 200 penunjuk perasaan berarak memenuhi lebuh raya utama di pusat bandar Beirut bagi membantah tindakan Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri yang memilih seorang ahli perniagaan bagi menggantikan kedudukannya.

Bantahan itu dibuat selepas mendapati pemilihan kabinet baharu hanya terdiri daripada tokoh-tokoh bebas dan tidak mempunyai dalam sistem pemerintahan negara.

Minggu lalu, Hariri menarik diri daripada jawatan Perdana Menteri yang disandangnya, selepas gagal menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara tersebut sejak lapan minggu lalu.

Justeru beliau berharap pemilihan Samir Khatib sebagai calon yang menggantikan tempatnya itu dapat memberi perubahan baharu kepada negara.

Khatib mengetuai salah satu syarikat kejuruteraan dan kontraktor terbesar di Lubnan dan tidak pernah memegang sebarang peranan politik pada masa lalu.