Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

Letupan gas punca seorang maut, enam cedera di sebuah kediaman di Russia

  • Published in Berita Dunia

LUAR NEGARA - YAKOVLEVO, RUSSIA - Seorang maut, manakala 6 lagi cedera dalam letupan gas di sebuah unit kediaman di Russia.

Kejadian turut mengakibatkan bangunan terbabit runtuh.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian di Yakovlevo, Barat Daya Russia itu berlaku di sebuah pangsapuri pada Selasa.

Letupan gas mengakibatkan bangunan kediaman 4 tingkat terbabit runtuh.

Mayat mangsa dijumpai di sebalik runtuhan.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan.

Letupan gas sering berlaku di Russia.

Kejadian biasanya dikaitkan dengan usaha penyelenggaraan yang lemah dan pengabaian terhadap peraturan keselamatan.