Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

ADUN Selat Klang dikompaun tidak patuh SOP pada raya pertama

  • Published in Jenayah

SHAH ALAM, 29 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari dikompaun RM1,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada hari raya pertama lalu.

Ia susulan majlis rumah terbuka di Kediaman Exco Kerajaan Negeri Selangor anjurannya yang dihadiri lebih 20 tetamu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memberitahu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima arahan itu dari pihak pendakwa raya tengah hari tadi.

Beliau berkata, pihaknya akan menghubungi Datuk Abdul Rashid untuk tampil ke IPD Shah Alam untuk menyerahkan kompaun terbabit.

Kesalahan dilakukan di Seksyen 7, Shah Alam.

Terdahulu, foto sambutan Aidilfitri di kediaman itu tular di media sosial kerana didakwa melebihi had tetamu yang ditetapkan.

Semalam, beliau hadir memberi kenyataan di IPD Shah Alam berhubung perkara itu.