Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Dua anggota tentera cedera bom asap meletop depan pejabat presiden Indonesia

  • Published in Berita Dunia

JAKARTA - Dua anggota tentera cedera terkena bom asap yang dilemparkan kearah istana presiden Indonesia di Jakarta.

Ketua Polis Jakarta, Gatot Eddy Pramono, memberitahu ledakan itu terjadi di Taman Nasional Monas ketika kedua-dua anggota tentera itu sedang melakukan rondaan rutin di kawasan sekitar.

Ketika rondaan itu mereka menemui objek tersebut di atas tanah dan ketika cuba mengangkat objek tersebut ia meletup.

Pramono berkata dua tentera yang cedera tersebut dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata polis sedang menyiasat kes letupan itu, termasuk kemungkinan bom tersebut tertinggal secara tidak sengaja ketika ribuan polis dan tentera ditempatkan di kawasan itu pada Isnin lalu untuk berhadapan dengan perhmpunan besar-besaran yang didalangi puluhan ribu Muslim konservatif di taman itu.

Taman Monumen Kebangsaan, yang dikenali sebagai Monas, terletak berhampiran istana presiden dan beberapa pejabat kerajaan.