Saturday, July 11, 2020

updated 7:27 AM UTC, Jul 11, 2020

Filipina buka sekolah selepas vaksin COVID-19 ditemui

  • Published in Berita Dunia

MANILA, 27 Mei - Sekolah di Filipina hanya akan dibuka semula jika vaksin COVID-19 ditemui.

Sesi persekolahan di negara itu sepatutnya dibuka akhir Ogos ini, membabitkan kira-kira 25 juta murid sekolah rendah dan menengah.

Menurut Presidennya, Rodrigo Duterte; risiko terhadap murid dan pelajar sekolah sangat tinggi jika sistem akademik kembali beroperasi.

Justeru kerajaan hanya membolehkan sekolah kembali dibuka selepas mendapat jaminan mengenai keselamatan mereka.

Setakat ini, Filipina melaporkan 14,319 kes jangkitan COVID-19 termasuk 873 kematian.