Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Ulang tahun pentadbiran Presiden: Rakyat Mexico berhimpun

  • Published in Berita Dunia

MEXICO - Ribuan orang ramai berhimpun di dataran sentral Mexico City pada Ahad bagi menyambut ulang tahun pertama Presiden Andres Manuel Lopez Obrador menjawat jawatan itu.

Kajian menunjukkan lebih separuh rakyat negara terbabit menyokong cara pentadbiran Lopez Obrador biarpun negara itu berdepan peningkatan kes jenayah dan masalah ekonomi.

Perhimpunan dirai dengan meriah.

Dalam perhimpunan itu, Lopez Obrador turut mengumumkan beberapa kejayaan sejak menjadi individu nombor satu negara berkenaan.

Bagaimanapun, di Paseo de la Reforma kumpulan penentangnya berhimpun dengan berpakaian putih.

Mereka mendakwa Lopez Obrador gagal mentadbir dengan baik ekoran beberapa insiden keganasan di negara itu.

Turut dibangkitkan, isu pengedaran dadah.

Minggu lalu, presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bercadang untuk menyenaraikan kartel pengedaran adah Mexico sebagai organisasi pengganas.