Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

Rakyat Mexico berhimpun sempena ulang tahun pentadbiran Presiden

  • Published in Berita Dunia

LUAR NEGARA - Ribuan orang ramai berhimpun di dataran sentral Mexico City pada Ahad bagi menyambut ulang tahun pertama Presiden Andres Manuel Lopez Obrador menjawat jawatan itu.

Kajian menunjukkan lebih separuh rakyat negara terbabit menyokong cara pentadbiran Lopez Obrador biarpun negara itu berdepan peningkatan kes jenayah dan masalah ekonomi.

Dalam perhimpunan itu, Lopez Obrador turut mengumumkan beberapa kejayaan sejak menjadi individu nombor satu negara berkenaan.

Bagaimanapun, di Paseo de la Reforma kumpulan penentangnya berhimpun dengan berpakaian putih.

Mereka mendakwa Lopez Obrador gagal mentadbir dengan baik ekoran beberpaa insiden keganasan yang berlaku di negara itu.

Turut dibangkitkan, isu pengedaran dadah.

Minggu lalu, presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bercadang untuk melenyenarikan kartel pengedaran adah Mexico sebagai organiasi pengganas.