Monday, December 16, 2019
updated 5:28 AM UTC, Dec 16, 2019

Angka kematian akibat gempa bumi kuat 6.4 pada skala Richter di Albania meningkat

  • Published in Berita Dunia

ALBANIA - Angka kematian akibat gempa bumi kuat 6.4 pada skala Richter yang melanda Albania meningkat kepada 50 orang.

Perdana Menteri Edi Rama mengumumkan kepada mesyuarat kabinet;operasi pencarian mangsa terselamat ditamatkan.

Gempa bumi berkenaan berlaku sebelum Subuh, Selasa lalu.

Ia gempa paling berdarah dan paling pemusnah, sejak berdekad-dekad di negara itu yang menyebabkan 5 ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Seluruh keluarga tertimbus dalam kediaman masing-masing, ketika tidur.

Ramai ahli keluarga dan jiran terpaksa melalui keperitan menyaksikan mayat dikeluarkan pasukan penyelamat, minggu ini.

Menurut kementerian pertahanan, kira-kira 900 orang cedera dengan 41 daripada mereka masih dirawat di hospital.