Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

Perletakkan jawatan Perdana Menteri Iraq : Sebahagian besar rakyat meraikannya di Dataran Tahrir

  • Published in Berita Dunia

                                                                                                                      Foto: AFP

BAGHDAD -  Perletakan jawatan Perdana Menteri Iraq, Adel Abdel Mahd pula diraikan sebahagian besar rakyatnya.

Mereka mengadakan perhimpunan di Dataran Tahrir, Baghdad... dilatari pertunjukan bunga api.

Peserta perhimpunan itu mendakwa, ia merupakan kejayaan selepas dua bulan protes anti-kerajaan berlangsung.

Terdahulu, Abdel Mahdi mengumumkan perletakan jawatannya menerusi satu kenyataan.

Tindakan dibuat susulan desakan pemimpin berpengaruh Iraq, Ayatollah Ali Sistani.

Abdul Mahdi ialah Perdana Menteri pertama Iraq yang meletak jawatan selepas sistem parlimen diperkenal di negara itu