Wednesday, May 27, 2020

updated 3:08 AM UTC, May 27, 2020

5.5 juta pelajar amalkan norma baharu kembali ke sekolah

  • Published in Berita Dunia

 

KOREA, 21 Mei - Di SEOUL, pelajar mula bersekolah kembali setelah lebih dua bulan ditangguhkan susulan COVID-19.

Norma baharu diamalkan pelajar ketika Korea Selatan berhasrat membuka sekolah secara berperingkat hingga 1 Jun depan.

5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah perlu mengamalkan pelbagai prosedur ketat bagi mencegah wabak COVID-19.

Suhu badan pelajar diperiksa dan muris perlu menggunakan pembersih tangan.

Pelitup muka perlu dipakai termasuk meja dalam kelas dijarakkan satu meter.

Korea Selatan sebelum ini telah mengadakan kelas dalam talian susulan penularan wabak tersebut.

Kementerian Kesihatan juga menggerakkan bilik kecemasan yang beroperasi 24 jam dan jika terdapat laporan jangkitan COVID-19; sekolah akan ditutup serta merta.