Wednesday, May 27, 2020

updated 3:08 AM UTC, May 27, 2020

5,075,991 dijangkiti COVID-19, 329,112 orang meninggal dunia

  • Published in Berita Dunia

 

WASHINGTON, 21 Mei - Angka korban akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat sehingga meragut lebih 329- ribu nyawa.

Jumlah jangkitan pula telah mencecah lebih LIMA juta kes.

Amerika Syarikat menjadi negara paling teruk diancam virus maut itu dengan jangkitan HAMPIR 1.6 JUTA kes manakala kematian melebihi 94 ribu orang.

Diikuti UNITED KINGDOM yang mencatatkan bilangan kematian kedua tertinggi dengan LEBIH 35-ribu orang manakala RUSSIA dengan jumlah jangkitan kedua paling banyak iaitu lebih 300-ribu kes dengan HAMPIR 36 ribu kematian.

Brazil pula mencatatkan lebih 291 ribu kes dengan HAMPIR 19-RIBU kematian.

Lagi 6 negara yang berada di 10 teratas mencatatkan kes positif terbanyak adalah Sepanyol; UK; Itali; Perancis; Jerman; Turki dan Iran.

Virus maut itu telah merebak ke 213 negara sejak pertama kali muncul di China pada Disember tahun lepas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan , COVID-19 adalah virus semula jadi selepas Presiden Donald Trump mendakwa telah melihat bukti bahawa ia berasal daripada sebuah makmal di China

China mengisytihar 4 ribu 634 kematian dengan lebih 82 ribu kes jangkitan COVID-19.