Tuesday, July 7, 2020

updated 2:27 AM UTC, Jul 7, 2020

COVID-19: Singapura catat kematian ke-22

  • Published in Berita Dunia

SINGAPURA, 18 Mei - Melaporkan satu lagi kematian melibatkan warga emas, menjadikan angka kematian meningkat kepada 22 orang.

Kementerian Kesihatan Singapura, memaklumkan kes kematian itu melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun yang meninggal dunia, pada Jumaat, di Hospital Besar Sengkang.

republik ini turut mengesahkan 682 kes jangkitan COVID-19 menjadikan angka keseluruhan lebih 28,000.

Singapura melaporkan dua kematian pertama akibat COVID-19 pada 21 Mac lalu.

Pada masa ini, terdapat SERIBU 111 kes yang disahkan masih berada di hospital dan kebanyakannya stabil atau bertambah baik manakala 16 kes berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Sebanyak 17,881 kes dengan gejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi positif ujian COVID-19 diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.