Wednesday, May 27, 2020

updated 1:44 AM UTC, May 27, 2020

Penjara 3 tahun atau kompoun USD 55,000 sekiranya gagal memakai penutup mulut dan hidung

  • Published in Berita Dunia

QATAR, 18 Mei - Lebih 30,000 penduduk negara itu diuji positif COVID-19 dengan 15 kematian dicatatkan.

Berikutan wabak maut itu, Rakyat Qatar berdepan hukuman 3 tahun penjara dan kompaun sehingga USD 55,000 sekiranya gagal memakai penutup mulut dan hidung di khalayak ramai

Sekali gus menjadikannya penalti paling berat di dunia untuk kesalahan seumpama itu.

Tindakan itu dilaksana kerajaan Doha dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, Pemandu yang menaiki kenderaan tanpa penumpang dikecualikan daripada tindakan itu.

Beberapa ekspatriat memaklumkan, pihak polis ada memberi amaran kepada mereka berhubung perintah baharu itu sebelum ia dikuatkuasakan.

masjid, sekolah, pusat beli belah dan restoran di Qatar, masih ditutup bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Memakai penutup mulut dan hidung diwajibkan di lebih 50 negara, meskipun sebilangan saintis meragui keberkesanannya.

Pihak berkuasa Chad mengenakan penjara 15 hari jika masyarakat di negara itu tidak memakai pelitup muka.

Di Maghribi, individu yang tidak memakai pelitup muka boleh dipenjara selama tiga bulan.