Wednesday, May 27, 2020

updated 1:44 AM UTC, May 27, 2020

752 Kes baharu di Singapura, 26,098 dengan 21 kematian

  • Published in Berita Dunia

SINGAPURA, 15 Mei - Singapura mengesahkan 752 kes positif baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah jangkitan di republik itu meningkat kepada 26,098 kes.

Manakala jumlah kematian 21 orang.

hanya dua kes membabitkan warga Singapura atau penduduk tetap, manakala selebihnya adalah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing.

Kementerian Kesihatan republik itu menyatakan pihak kementerian masih meneruskan perincian kes-kes terbabit

Singapura telah mengklasifikasikan 1,324 sebagai kes komuniti, 580 sebagai kes import, 434 kes membabitkan pekerja asing yang tinggal di luar asrama dan 23,008 kes pekerja asing yang tinggal di asrama.

Ketika ini, MOH berkata 1,037 kes yang disahkan masih dirawat di hospital dengan 19 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi, sementara 21 telah meninggal dunia.

MOH juga mengenal pasti enam kluster baharu manakala kluster terbesar di republik itu, S11 Dormitory @ Punggol mempunyai sejumlah 2,562 kes yang disahkan.

setakat ini, Singapura, mempunyai lebih daripada 90 kluster .