Wednesday, May 27, 2020

updated 2:23 AM UTC, May 27, 2020

Perintah berkurung di New Zealand akan tamat dalam tempoh seminggu

  • Published in Berita Dunia

NEW ZEALAND, 15 Mei - kerajaan New Zealand mula membenarkan pembukaan semula pusat beli-belah, restoran, panggung wayang dan taman permainan.

Ini apabila negara itu memasuki peringkat kedua daripada empat peringkat dalam usaha mengekang penularan wabak berkenaan.

Di bawah sekatan Peringkat Dua, sempadan antarabangsa tetap ditutup tetapi kehidupan masyarakat akan kembali ke tahap normal.

Beberapa jenis perniagaan dan aktiviti yang tidak dibenarkan sebelum ini mula beroperasi antaranya kedai menggunting dan mendandan rambut.

Bagaimanpun; Rakyat masih perlu mengikut Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan, antaranya menjaga penjarakan sosial serta menulis nama ketika masuk ke mana-mana premis.

New Zealand akan mengakhiri perintah berkurung dalam tempoh seminggu lagi selepas berjaya membendung penularan wabak COVID-19, bagaimanapun beberapa sekatan lain masih dikuatkuasakan.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern berkata, New Zealand ketika ini mempunyai kurang daripada 70 kes aktif selepas menguatkuasakan perintah berkurung selama tujuh minggu, dan memberi amaran bahawa pembukaan semula tidak bermakna semua orang boleh beranggapan bahawa wabak itu sudah hilang sepenuhnya.

New Zealand, dengan populasi lima juta penduduk, setakat ini mencatat seribu 147 kes jangkitan dengan 21 kematian.