Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

COVID-19: Ujian ke atas 11 juta penduduk Wuhan dijangka selesai dalam masa 10 hari

  • Published in Berita Dunia

 

CHINA, 15 Mei - Proses saringan ke atas penduduk Wuhan, China dilakukan bagi mengelak berlaku kluster baharu jangkitan pandemik Covid-19

Pihak berkuasa menyasarkan ujian pengesanan dibuat ke atas 11 juta penduduk dalam tempoh 10 hari.

Pihak pentadbiran daerah sudah melancarkan kempen pintu ke pintu bagi mengingatkan penduduk menjalani ujian saringan Covid-19.

Hujung minggu lalu, sebanyak 6 kes baharu dikesan di Wuhan mencetuskan kebimbangan berlakunya kluster baharu pandemik.

Kumpulan yang diberi keutamaan bagi ujian fasa pertama melibatkan 12 kategori merangkumi kes yang pernah dijangkiti Covid-19, kontak rapat dan penduduk yang mengalami demam dan gejala berkaitan.

Selain itu, sektor pendidikan, perubatan, perbankan, pasaraya dan kakitangan awam serta mereka pulang dari luar negara turut diberi keutamaan bagi ujian ini.