Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Individu pulang ke Sabah dan Sarawak perlu jalani kuarantin wajib

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 13 Mei - Individu dari Semenanjung yang melakukan perjalanan ke Sabah dan Sarawak perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, selepas selesai proses kuarantin dan disahkan negatif, individu tersebut akan dibenarkan ke kampung halaman masing-masing.

Dalam pada itu Datuk Dr Noor Hisham menjelaskan seramai 25,156 bukan warga negara telah disaring ujian COVID-19 setakat ini.

1,211 didapati positif, dan 712 kes telah pulih.

Tiga daripada 495 kes yang dirawat masih di Unit Rawatan Rapi.