Monday, December 16, 2019
updated 5:28 AM UTC, Dec 16, 2019

Rakyat Colombia bantah cadangan kerajaan naikan umur persaraan, kurangkan gaji pekerja

  • Published in Berita Dunia

BAGOTA - Rakyat Colombia berhimpun di jalan-jalan utama bagi melahirkan kemarahan terhadap kerajaan tidak popular pimpinan Presiden Ivan Duque ekoran ketidakstabilan ekonomi berterusan di negara itu.

Demonstrasi disertai para pekerja buruh, kumpulan pelajar serta orang awam yang membawa kain rentang, sepanduk dan bendera memenuhi laluan utama di Bogota.

Seorang pekerja Jose Angel Pena Anivia berkata, kerajaan perlu menjaga kebajikan pekerja termasuk membayar gaji yang setimpal untuk menyara kehidupan.

Para penganalisis berpendapat, tindakan peserta protes tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti yang berlaku di Bolivia, Chile dan Ecuador baru-baru ini.

Kerajaan pimpinan Duque telah menutup pintu sempadan Colombia dan mengusir 24 rakyat Venezuela yang dituduh memasuki negara itu untuk menimbulkan kekecohan.