Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

Trump Berkata Korea Utara Akan Menyesal Jika Serang Amerika Syarikat

NEW JERSEY - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran kepada Pyongyang bahawa pihak Korea Utara akan "benar-benar menyesal" jika negara itu melakukan sebarang tindakan serangan terhadap Amerika Syarikat ketika beliau bersedia untuk berbincang dengan pemimpin China mengenai krisis itu.

Presiden Trump yang sepanjang minggu terlibat dalam ¨kata-kata perang¨ dengan Korea Utara mengenai program senjata dan peluru pandunya, dan dalam pada itu pihak media AS melaporkan bahawa Pyongyang telah berjaya menghasilkan kepala nuklear yang bersaiz lebih kecil.

Trump telah menjadi lebih lantang sepanjang minggu dan pada hari Jumaat mengisytiharkan bahawa senjata tentera Amerika Syarikat telah sedia "kunci dan tunggu untuk lepas."

Tetapi Trump juga kelihatan terbuka untuk diplomasi, dengan mengatakan dia akan bercakap melalui telefon pada Jumaat malam dengan Xi Jinping, Presiden China - jiran dan sekutu Korea Utara.

"Kami telah bekerjasama rapat dengan China dan dengan negara lain," kata Trump.

China, Rusia dan Jerman telah menggesa kedua-dua pihak untuk menarik balik retorik tersebut.

(Sumber - AFP)