Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Jokowi Gesa ASEAN Bersatu Perangi Dadah

JAKARTA - Indonesia hari ini menggesa negara-negara anggota ASEAN bergabung dan bersatu dalam memerangi dadah di peringkat wilayah.

Presiden Joko Widodo berkata dadah kini menjadi ancaman besar dalam rentas sempadan dan negara-negara anggota Asia Tenggara itu harus bertindak secara bersama untuk menanganinya.

Beliau berkata dalam ucaptama bersempena sambutan peringatan 50 tahun ASEAN di Sekretariat ASEAN di sini.

Presiden Indonesia yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu berkata pengedaran dadah di rantau ini kini semakin serius dan telah merosak generasi muda serta mengancam masa depan negara.

Beliau berkata ASEAN yang kini berusia 50 tahun selalu bersama berganding tangan dalam semangat persaudaraan dan kerjasama itu harus diperluaskan sehingga membanteras jenayah pengedaran dadah.

Jokowi sebelum ini mengisytiharkan Indonesia sebagai darurat dadah dan mahu semua pihak memeranginya secara habis-habisan serta mengarah pihak berkuasa menembak mati pengedar dadah yang cuba melawan ketika ditangkap.

 ((BERNAMA))