Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Nawaz Sharif Ikrar Mahu Berjuang Demi Rakyat Pakistan

ISLAMABAD - Pemimpin Pakistan yang digulingkan Nawaz Sharif berikrar untuk berjuang demi ketuanan rakyat.

Beliau menyatakan pendiriannya itu dihadapan berpuluh-puluh ribu pengikutnya pada hari kedua perhimpunan awam besar-besaran.

Peristiwa itu menyusul dua minggu selepas Mahkamah Agung menyingkir beliau daripada jawatan Perdana Menteri Pakistan atas tuduhan rasuah.

Menerusi kempen bergerak yang dilakukannya dari Islamabad menuju negeri kelahirannya Lahore, Sharif memberitahu penyokong bahawa beliau mahu memulakan dialog kebangsaan dalam usaha mengubah perlembagaan bagi memastikan tiada perdana menteri boleh digulingkan pada masa depan.

(( dpa ))