Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Taufan Franklin Mulai Lemah Lepasi Timur Mexico

MEXICO CITY - Taufan kategori pertama berubah lemah kepada ribut tropika selepas membadai timur perairan Mexico dengan angin kencang dan hujan lebat.

Taufan Franklin yang membadai kawasan berhampiran bandar Lechuguillas, di barat laut bandar pelabuhan Veracruz menjadi lemah ketika ia melepasi daratan yang hampir dengan Mexico City.

Penyelaras agensi Perlindungan Awam Kebangsaan Felipe Puente memaklumkan tiada mangsa dan kerosakan teruk infrastuktur direkodkan berlaku.

(( AP ))