Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

Gabungan Arab Minta Bantuan PBB Buka Semula Lapangan Terbang Sanaa

RIYADH - Pakatan Arab yang menjadi sekutu kerajaan Yaman memohon bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk membuka semula lapangan terbang Sanaa.

Permintaan itu disampaikan Jurucakap tentera pakatan, Kolonel Turki al-Maliki.

Beliau memohon PBB menyumbang kepada penyambungan semula pengangkutan penumpang dan komersial ke lapangan terbang itu.

Perkembangan itu sekali gus dilihat sebagai tindakbalas jelas terhadap tuntutan kumpulan bantuan kemanusiaan agar Lapangan Terbang Sanaa dibenar menerima pesawat-pesawat yang menghantar bantuan.

(( AFP ))