Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

Taufan Franklin Badai Perairan Mexico

MEXICO - Taufan kategori pertama berubah lemah kepada ribut tropika selepas membadai timur perairan Mexico dengan angin kencang dan hujan lebat.

Taufan Franklin yang membadai kawasan berhampiran bandar Lechuguillas, di barat laut bandar pelabuhan Veracruz menjadi lemah ketika ia melepasi daratan yang hampir dengan Mexico City.

Penyelaras agensi perlindungan awam kebangsaan Felipe Puente memaklumkan tiada mangsa dan kerosakan teruk infrastuktur direkodkan berlaku.

 

Sumber : AFP