Logo

DUN Sarawak bersidang sehari, dua RUU diluluskan


KUCHING, 11 Mei - 
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berlangsung hari ini.

Mesyuarat diadakan beberapa hari sebelum ia tamat dan terbubar secara automatik selepas kali terakhir bersidang 13 November tahun lalu.

Sidang DUN hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pembekalan Tambahan (2019), 2020 dan RUU Pembekalan Tambahan 2020.

Kedua-dua RUU dibentangkan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan Kedua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Persidangan mencatat sejarah apabila bukan sahaja belangsung selama sehari, malah ia juga diadakan tanpa upacara pembukaan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Bagi mengekang penularan COVID-19, langkah-langkah pencegahan turut diambil.

Ini termasuk menyediakan pelitup separuh muka di pintu masuk Kompleks DUN dan cecair pembasmi kuman.

Penjarakan sosial turut diamalkan dalam dewan persidangan dan galeri awam.

Sidang DUN Sarawak perlu belangsung sebelum 13 Mei bagi mengelak Pilihan Raya Negeri.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.