Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Penjawat awam terima bantuan khas Aidilfitri RM500

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 11 Mei - Kakitangan awam bakal menerima bantuan khas RM500 sempena Aidilfitri.

Kumpulan pesara pula akan menerima bantuan RM250.

Bayaran akan dibuat pada 20 Mei ini.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Abd Rahman, Bantuan Khas Aidilfitri itu diberi kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah.

Bayaran membabitkan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.

Bantuan khas itu turut dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian.

Turut menerimanya guru interim, pemandu lantikan pegawai JUSA B ke atas dan pemandu lantikan anggota Pentadbiran dan Hakim serta Pesuruhjaya Kehakiman.