Monday, December 16, 2019
updated 5:49 AM UTC, Dec 16, 2019

Dewan Senat AS lulus rang undang-undang lindungi hak asasi manusia di HK

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON - Dewan Senat Amerika Syarikat sebulat suara meluluskan rang undang-undang bagi melindungi hak asasi manusia di Hong Kong selepas protes ganas dan huru hara berlarutan selama berbulan.

Dewan Senat turut meluluskan rang undang-undang kedua yang mengharamkan eksport gas pemedih mata, penyembur lada, peluru getah dan senjata lain kepada pasukan polis Hong Kong.

Antara lain, ia membolehkan sekatan dibuat terhadap kakitangan kerajaan China dan Hong Kong yang terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia serta membolehkan penilaian tahunan dibuat terhadap status perdagangan dengan Hong Kong.

Senator Republikan mewakili Florida, Marco Rubio berkata, pengenalan rang undang-undang itu memberi mesej bahawa Washington menyokong rakyat Hong Kong yang menuntut pemulihan demokrasi dan kebebasan daripada pentadbiran China.

Akta berkenaan akan melalui proses seterusnya iaitu kelulusan Dewan Perwakilan sebelum dikemukakan kepada Kongres dan ditandatangani oleh Presiden bagi diwartakan.