Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

AS-Korea Selatan Akan Ambil Tindakan Tegas Terhadap Korea Utara

SEOUL - Korea Utara bakal berdepan tindakan tegas dan keras dari Washington dan Seoul jika ia meneruskan rancangan membedil pengkalan tentera Amerika Syarikat di Guam.

Jurucakap Ketua Turus Bersama, Roh Jae Cheon berkata, tentera Amerika dan Korea Selatan sentiasa bersiap sedia untuk bertindak balas terhadap provokasi Korea Utara.

Dalam pada itu, satu kenyataan pejabat presiden di Seoul menerangkan, Penasihat Keselamatan Negara, Chung Eui Yong akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara bagi membincangkan ancaman Pyongyang itu.

Di Tokyo, Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga menegaskan, Jepun tidak bertolak ansur terhadap provokasi oleh Korea Utara.

Katanya, kegiatan provokasi Pyongyang itu dengan jelas menggugat keselamatan rantau Asia Timur termasuk Jepun dan masyakat dunia keseluruhannya.


((AFP))