Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

Telur Fipronil Dikesan Di Belanda

BRUSSELS - Belanda telah mengesan bahan racun serangga, fipronil dalam telur ayam pada November tahun lepas.

Menteri Pertanian Belgium, Denis Ducarme berkata, ia berdasarkan maklumat yang diperoleh agensi keselamatan makanan negara itu.

Sejak 1 Ogos lalu, pihak berkuasa Belanda mengarahkan penjualan telur-telur ayam ditarik balik dari pasaran.

Turut berbuat demikian, Jerman, Belgium, Sweden dan Switzerland.


((AFP))