Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

2 Maut Demam Lassa Di Negeria

LAGOS - Demam Lassa yang mirip virus Ebola, meragut dua nyawa di Lagos, Nigeria.

Hospital Pengajian Universiti Lagos mengesahkan, dua mangsa terbabit meninggal dunia minggu ini selepas beberapa hari menerima rawatan.

Sementara itu, Pengarah perubatan hospital berkenaan, Professor Chris Bode berkata, kira-kira 100 kakitangan perubatan yang terdedah kepada mangsa kini dalam pemantauan.

Demam Lassa adalah penyakit demam akut dengan pendarahan dan kematian yang disebabkan oleh virus.

Ia disebarkan oleh haiwan seperti tikus.

((AFP))