Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Di Hong Kong : 37 daripada penunjuk perasaan ditahan

  • Published in Berita Dunia

HONG KONG - Di Hong Kong ; Penunjuk perasaan cuba meninggalkan kampus Universiti Politeknik Hong Kong yang dikepung pasukan polis.

Beberapa penunjuk perasaan menyerah diri manakala yang lain cuba melarikan diri melalui saluran pembentung.

Penunjuk perasaan telah menguasai kampus universiti itu selama dua hari lalu sebelum dikepung pasukan polis.

37 daripada penunjuk perasaan ditahan, namun ramai yang lain telah terlepas.

Perabot bilik kuliah, botol bom petrol dan sampah bertimbun di sekitar di kampus selepas berlaku kebakaran besar di Universiti Politeknik Hong Kong itu.

Krisis hampir enam bulan semakin tidak terkawal apabila penunjuk perasaan membakar kawasan pintu masuk utama kampus universiti Hong Kong itu bagi menghalang dirempuh pasukan polis.

Keganasan telah menyebabkan kekacauan di seluruh bandar raya Hong Kong yang mempunyai 7.5 juta penduduk dengan banyak jalan- jalan utama dihalang oleh perusuh.

Protes ini bagi membantah rang undang-undang ekstradisi China dan telah menjadi konflik antara Hong Kong dengan Beijing.