Monday, December 16, 2019
updated 5:28 AM UTC, Dec 16, 2019

Penyokong Morales tuntut keadilan ke atas lapan yang terbunuh krisis politik di Bolivia

  • Published in Berita Dunia

SACABA, BOLIVIA - Ribuan pekebun Koko yang setia kepada presiden Evo Morales mengadakan perhimpunan di daerah Sacaba.

Tunjuk perasaan dianjurkan susulan kematian sekurang-kurangnya lapan penyokong kuat Morales akibat ditembak polis.

Kejadian berlaku ketika ribuan penunjuk perasaan cuba menyeberangi sekatan pihak tentera menyaksikan pihak berkuasa melepaskan tembakan ke arah mereka.

Mereka berkumpul sambil membawa bunga dan gambar lapan yang terbunuh bagi memperingati dan menuntut keadilan ke atas mereka.

Pada tunjuk perasaan Ahad lalu, penyokong Morales menggesa agar presiden interim, Jeanine Anez yang didakwa merampas kuasa meletak jawatan.