Logo

Protes Anti-Kerajaan Hong Kong : Kerajaan Australia risau keselamatan hampir RM100,000 diaspora

 

SYDNEY - Situasi yang berlaku di Hong Kong menarik perhatian dunia terutama kerajaan Australia.

Menteri Luar, Marise Payne menyatakan Australia amat risau dengan apa yang melanda Hong Kong sekarang.

Kerisauan Australia itu merangkumi jaminan keselamatan ke atas hampir RM100,000 diaspora rakyat Australia di Hong Kong.

Beliau melihat, keganasan semakin meningkat baik berpunca daripada kedua-dua pihak termasuk pihak berkuasa dan kumpulan protes anti-kerajaan.

Payne yang sentiasa berhubung rapat dengan Konsul Jeneral Australia, Michaela Browning amat berharap kumpulan protes anti-kerajaan melakukan protes secara aman dan pihak berkuasa perlu lebih bijak mengambil langkah mencegah.

Payne merujuk kepada keganasan terbaharu melibat pihak polis dan kumpulan protes di Universiti Politeknik Hong Kong.

Laporan turut menyebut pihak polis mengambil tindakan keras mengheret beberapa penunjuk perasaan yang masih berdegil.

Dalam pada itu, kumpulan protes turut menggunakan bom petrol, dan alat memanah untuk menghalanh kemaraan polis.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.