Logo

COVID-19: 664 rakyat Malaysia masih terkandas di luar negara

PUTRAJAYA, 6 Mei - Seramai 664 rakyat Malaysia masih terkandas di luar negara akibat penularan COVID-19 sehingga hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Luar , Datuk Kamarudin Jaffar, jumlah itu termasuk jemaah tabligh yang sedang ditahan dan dikuarantin di India.

Perwakilan Malaysia di India terus menghulurkan bantuan sewajarnya dalam memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara.

Setakat ini, 14,015 orang rakyat Malaysia yang terkandas di 70 negara telah berjaya dibawa pulang.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.