Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Malaysia kutuk serangan Israel terhadap Palestin, rakyat tidak berdosa jadi mangsa kekejaman

  • Published in Berita Dunia

LUAR NEGARA - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan pihak Israel ke atas Semenanjung Gaza yang mengakibatkan kematian ramai rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak kanak.

Tindakan ganas tentera Israel itu disifatkan amat keterlaluan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataannya memaklumkan, Malaysia mengulangi secara tegas membantah tindakan berterusan Israel itu yang menyebabkan rakyat Palestin yang tidak berdosa menderita.

Malah badan-badan misi kemanusiaan yang mahu menyalurkan bantuan kemanusiaan turut disekat.

Kenyataan itu juga menyatakan Malaysia meminta masyarakat antarabangsa memandang serius usaha untuk menamatkan pencerobohan Israel itu.

Keganasan tidak akan menyelesaikan masalah dan semua pihak perlu menghormati genjatan senjata bagi mengelak lebih ramai rakyat Palestin terkorban.