Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Gempa bumi 7.1 skala richter gegarkan maluku utara dan sulawesi utara, Amaran tsunami ditamatkan pada pukul 3.45 pagi waktu tempatan

  • Published in Berita Dunia

INDONESIA - Gempa bumi 7.1 pada skala Richter melanda kepulauan Maluku Utara dan Sulawesi Utara, Indonesia, kira-kira 12.17 minit tengah malam waktu Malaysia.

Amaran tsunami pada awalnya dikeluarkanBadan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia ditarik semula beberapa jam selepas itu.

Menurut BMKG, gempa berpusat di 130 kilometer barat laut Jailolo-Maluku Utara di kedalaman 10 kilometer di Laut Maluku, dan diikuti 26 gempa susulan berukuran kurang daripada 5.9 pada skala Richter sehingga pukul 2.55 pagi.

Gegaran gempa itu turut menggoncang Ternate, Maluku, Menado dan Bitung, menyebabkan penduduk di kawasan terbabit, bertindak keluar dari rumah dan berpindah ke kawasan tinggi.

Dalam pada itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta turut meminta rakyat Malaysia yang berada di kawasan terbabit agar mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.

Setakat pagi tadi, belum terdapat sebarang maklumat berkaitan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa.