Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Protes di Hong Kong - Ribuan pelajar buat persiapan lakukan bantahan

  • Published in Berita Dunia

HONG KONG - Protes di Hong Kong kian memuncak apabila kumpulan penunjuk perasaan prodemokrasi terus memenuhi kawasan Universiti Politeknik Hong Kong sekali gus berisiko mencetuskan keganasan di kawasan bandar separuh autonomi China itu.

Ribuan pelajar dilihat membina halangan batu, bom petrol dan anak panah bagi tujuan membakar kawasan sasaran.

Menurut polis mereka telah merampas beberapa anak panah di kawasan universiti ini.

Kumpulan penunjuk perasaan turut membina stesen bekalan di tengah kampus bagi tujuan pengagihan makanan dan barangan untuk proses bantahan yang diderma penduduk.

Pelajar turut memenuhi beberapa kawasan di sekitar Kowloon and Pulau Hong Kong menyebabkan berlaku kesesakan trafik.

Protes biasanya memuncak pada hujung minggu.