Logo

PKPB: Alih tumpuan kepada aliran trafik


SEREMBAN, 4 Mei - 
Tumpuan Polis Negeri Sembilan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat beralih daripada pemeriksaan kenderaan kepada aliran trafik.

Perkara itu dilakukan susulan pertambahan kenderaan di jalan raya selepas sebahagian besar aktiviti ekonomi kembali dibuka hari ini.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, fokus itu dilakukan bagi mengelak kesesakan trafik.

Bagaimanapun, sekatan jalan raya tetap diteruskan dengan dialihkan kepada kawasan tumpuan.

Pemantauan di tempat awam turut dilakukan bagi memastikan orang ramai dan mereka terlibat sektor dibenarkan beroperasi patuh Prosedur Operasi Standard ditetapkan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.