Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

13 maut, 20 cedera bas bawa pelajar bertembung trak

  • Published in Berita Dunia

SLOVAKIA - Sekurang-kurangnya 13 terbunuh manakala lebih 20 cedera selepas sebuah bas membawa sekumpukan pelajar sekolah tinggi bertembung dengan sebuah trak di Slovakia.

Kejadian berlaku berhampiran bandar Nitra, 100 kilometer timur ibu negara Bratislava.

Perdana Menteri Peter Pellegrini yang menyifatkan kemalangan itu sebagai tragedi, memendekkan lawatannya ke Cyprus dan bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Pihak bomba dan penyelamat tidak menolak kemungkinan, angka kematian dan jumlah mangsa cedera akan bertambah.