Monday, December 16, 2019
updated 5:28 AM UTC, Dec 16, 2019

Dua pelajar maut termasuk penyerang serangan tembak di Rusia

  • Published in Berita Dunia

BLAGOVESHCHENSK, RUSIA - Seorang pelajar menembak dan membunuh rakannya serta mencederakan tiga yang lain sebelum menembak dirinya sendiri di Timur Rusia.

Jabatan Penyiasatan Negeri berkata pelajar 19 tahun di Blagoveshchensk berhampiran dengan sempadan China itu membawa sepucuk rifel ke kelas pada Khamis.

Dia melepaskan tembakan di dalam kelas yang menyebabkan seorang maut dan tiga cedera.

Masih tidak jelas apa punca yang menyebabkan tercetusnya serangan itu.

Serangan tembakan di sekolah adalah kejadian yang jarang berlaku di Rusia namun terdapat beberapa serangan ganas oleh pelajar dalam beberapa tahun ini.

Kolej itu telah dikosongkan dan kelas ditangguhkan.

Dua pelajar yang cedera telah dirawat di hospital tempatan dan seorang daripadanya masih dalam keadaan kritikal.

Polis masih menyiasat serangan tersebut.