Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Polis siasat isu pelarian Rohingya

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 27 April - Polis sedang menyiasat penularan pelbagai video, rakaman audio dan berita di media sosial membabitkan pelarian Rohingya sehingga menimbulkan kemarahan rakyat negara ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta rakyat untuk tenang dan tidak memperbesarkan perkara tersebut sehingga menganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Beliau menegaskan demikian dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya.