Wednesday, November 20, 2019
updated 12:35 PM UTC, Nov 20, 2019

Seorang maut, 100 rumah musnah kebakaran di timur Australia

  • Published in Berita Dunia
Foto AFP

TAREE - Seorang maut dan sekurang-kurangnya 100 rumah musnah, akibat kebakaran hutan di timur Australia.

Pegawai bomba New South Wales, memaklumkan penemuan mayat mangsa dalam kereta, dan dua lagi masih hilang.

Turut dimaklumkan lebih daripada 30 individu cedera dengan rata-rata daripada mereka merupakan anggota bomba.

100 kebakaran dikesan di kawasan pedalaman New South Wales dan Queensland, dengan lapan daripadanya pada peringkat sangat bahaya.

Perdana Menteri, Scott Morrison mengakui keadaan itu sangat membimbangkan dan mengharapkan rakyat sentiasa peka dengan arahan semasa.

Dalam masa sama, kerajaan sentiasa menawarkan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan.

kebakaran hutan merupakan perkara biasa di Australia, tetapi kali antara musim paling buruk dengan beberapa bahagian di negara ini berdepan kemarau paling teruk dalam sejarah.