Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Ingkar PKP: 81 ditahan Polis Johor

  • Published in Nasional

 

JOHOR, 27 April - Di Johor, 81 individu lagi diberkas polis kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, semalam.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang ditangkap ialah seramai 3 ribu, 206 orang.

Ketua Polis Johor, Datok Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka yang ditahan berusia 20 hingga 50 tahun.

Kesemua yang ditahan akan disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Mereka turut didakwa mengikut Peraturan (3) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan).