Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

400,000 orang terbunuh krisis 9 tahun di Syria

  • Published in Berita Dunia

ALEPPO - Enam orang awam termasuk seorang bayi terbunuh dalam serangan terbaru tentera Russia di utara Aleppo.

Pasukan Pertahanan Awam Syria, berusaha menyelamatkan orang awam berikutan serangan udara tentera Rusia di kampung Al-Sahharah.

Serangan di utara Aleppo itu menyebabkan enam orang awam terbunuh.

Serangan udara tentera Rusia itu juga menyebabkan banyak kediaman penduduk musnah.

Hingga kini, dianggarkan 400,000 penduduk tinggal dalam daerah yang terkepung dengan pertempuran sengit antara tentera kerajaan dengan kumpulan bersenjata.

Sepanjang tahun 2018 , lebih 20,000 orang dilaporkan terkorban di Syria .

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria menyatakan konflik 9 tahun di Syria telah menyebabkan lebih 400,000 orang terbunuh.

Ratusan ribu lagi penduduk awam Syria yang ketakutan berusaha menyelamatkan nyawa dengan melarikan diri ke negara jiran seperti Jordan dan Turki.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan konflik tanpa henti selama 9 tahun di Syria menyebabkan kemusnahan bernilai lebih AS$400 bilion.