Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Pengayaan Uranium : Amerika dakwa Iran lakukan ugutan nuklear

  • Published in Berita Dunia

LUAR NEGARA - Amerika Syarikat menuduh Iran melakukan ugutan nuklear selepas regim itu berikrar meneruskan pengayaan uranium di kemudahan utamanya, Fordow.

Menurut jurucakap Jabatan Negara AS, tindakan itu akan memburukkan lagi sekatan politik dan ekonomi ke atas negara berkenaan.

Presiden Hassan Rouhani berkata, Iran akan meneruskan proses pengayaan di loji berhampiran bandar Qom yang digantung di bawah perjanjian nuklear 2015 bersama AS dan 5 kuasa dunia lain.

Ia merupakan tindakan terkini Iran bagi mendapatkan faedah ketara daripada perjanjian yang ditinggalkan AS ketika Presiden Donald Trump mengenakan sekatan ketat bertujuan mengurangkan peranan serantau Tehran.

Jabatan Negara berkata ia akan menunggu pengesahan daripada pemerhati nuklear PBB, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, yang mempertingkatkan pemeriksaan di bawah perjanjian 2015.